Family Force 5

FF5 (dahulunya dikenali sebagai Family Force 5, The Phamily, Ground Noise dan The Brothers) ialah sebuah kugiran rock Kristian Amerika dari Atlanta, Georgia.[1] Kugiran mereka dibentukkan pada tahun 2004 oleh saudara lelaki Solomon "Soul Glow Activatur" Olds, Joshua "Fatty" Olds, dan Jacob "Crouton" Olds bersama dua rakan mereka, Nathan "Nadaddy" Currin dan Brad "20 Cent" Allen, yang kemudiannya digantikan oleh Derek "Chapstique" Mount. Kumpulan ini telah mengeluarkan lima album studio, sembilan EP, dan dua album remix. Mereka sering dikenali kerana personaenya yang riuh, mengutamakan parti dan campuran eklektik genre, daripada rap metal hingga dance-pop.Pada 2018, baki dua ahli, Jacob dan Joshua Olds, menjenamakan semula kumpulan itu sebagai FF5 dan mengeluarkan EP El Compadre pada 2 Mac tahun itu.[2] Mereka memainkan persembahan terbaru mereka pada 17 Mac tahun itu.[3]